Tuesday, 14 June 2016

LIFE :)

Assalamualaikum. Hi! Its been a while :) Terlalu lama tinggalkan blog ni tanpa update apa apa cerita. I don’t know how to start actually, but…… oh yeah, Selamat menjalani Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini :) semoga apa yang kita lakukan diberkati oleh Dia. And I’m so sorry again disebabkan tak ada masa untuk kongsi cerita apa yang berlaku sebelum2 ni. But, I will try my best untuk cerita semuanya dengan ringkas dalam satu entry ni. Okay? ;)

Ok firstly, apa yang membuatkan finaz nak update blog sebab pertama finaz takde class harini hihi. Kedua, sebab harini one of my ex-schoolmate ada mention kat twitter pasal gaji parents. If she read this, finaz bukan terasa marah or what seriously. But thankyou sebabkan mention tu buat finaz ada idea nak update blog ni. Hehehe :) And siapa yang dah mula baca blog ni sorry again bcs this is quite long entry I think hahaha. So pls jangan baca separuh jalan ok habiskan ok. Terima kasih :p

So, this time finaz nak cerita sikit pasal how my life’s going on before and after this. When one of my ex-schoolmate cakap gaji parents finaz mesti rm4000 ke atas. But the truth is, no. It is even below rm2000 :) finaz bukan nak menunjuk atau mintak simpati or what tapi after she said that, I’ve realized that my parents really really worked hard for the sake of their childrens (kelima lima anak perempuan dia)  sumpah, finaz bersyukur sangat sebab dilahirkan oleh mama and ada abah untuk jaga finaz. *ok dah nangis* Alhamdulillah, sekecil mana pun gaji diorang, sampai sekarang finaz dengan adik-beradik belum pernah lagi kena kes kelaparan tak dapat makan sebulan or what haha. Alhamdulillah sangat semua pakai makan cukup dengan gaji abah yang ada :) dan sampai sekarang mama abah masih kena menanggung 3 orang lagi anak perempuan dia iaitu finaz dan dua orang adik finaz yang masih sekolah.

Gaji below rm2000 and my parents still dapat jaga makan pakai makan minum anak dia semua cukup. Terima kasih yaallah :)  walaupun pernah di situasi yang genting and ada orang2 yang Allah hantar untuk bantu keluarga finaz. Alhamdulillah.

Finaz dah banyak kali sebenarnya kena situasi macam tu. Orang yang melihat kita dari luaran mesti terus judge itu ini. Biasalah, itulah lumrah manusia. Semua manusia sama. Kita tak tahu apa apa dan kita judge. Then bila dah tahu yang sebenar barulah “ohhhhh damn silap sia aku cakap before this bla bla bla” finaz pun macam tu jugak. So, finaz tak kisah kalau orang judge cakap cara hidup finaz and family senang. Finaz tak cakap family finaz susah, tapi tak sesenang orang di luar sana.

Mungkin orang nampak luaran kita pakai makan semua nampak berada tapi cerita yang sebenar sebaliknya diorang tak tahu. Finaz percaya tak semua hidup sempurna. Kadang yang keluarga susah Alhamdulillah bahagia dengan kehidupan diorang. Ada yang keluarga senang berada tapi tak bahagia dengan sesuatu benda. Allah tu Maha Adil. Itu yang kita kena pegang sampai bila bila :)

Sebab tu, finaz selalu doa permudahkanlah urusan finaz untuk tolong balas jasa mama abah balik suatu hari nanti setimpal dengan apa yang diorang dah korbankan selama 20 tahun finaz hidup.

Alhamdulillah, dua orang kakak finaz dah bekerja bagi hulur pada diorang setiap kali diorang dapat gaji. Itu perkara biasa finaz rasa. Bila kita dah bekerja tanggungjawab kita as anak mesti hulur pd diorang walaupun sesikit mana. Sampai sekarang aku masih ingat kata kata kakak aku yang kedua iaitu Ira. “fi, kau kena kena ingat satu benda ni. Lepas kau dah bekerja nanti, sikit mana pun gaji yang kau dapat, tak cukup mana pun kau rasa gaji tu, hulur jugak pd mama abah. Sebab kau kena percaya rezeki Allah tu kat mana mana ada” ohhhhh god damn aku nangis sekarang ni hahaha hmm :’( ayat kakak finaz tu memang menusuk gila time tu. Fuhhhhh.  Inshaallah jika Allah permudahkan memang finaz akan balas juga jasa mama abah :)

Ok. Next pasal Salju. As u know pasal Salju kucing finaz (sesiapa yang follow kat instagram finaz tu tahu lah sebab apa). Kalau korang perasan finaz ada cakap kat caption, “maaf sebab selama ni tak pernah hantar Salju g klinik atas sebab tertentu”. Dan beruntung siapa yang baca entry kali ni sebab diorang dah tahu sebab apa family finaz tak pernah mampu hantar salju g klinik. Sebabnya, apa yang finaz cerita kat atas tadi.

Sebab tu, finaz tak kisah kalau orang nak bercakap pasal finaz kenapa finaz ambil keputusan habis diploma finaz nak cari kerja tetap dan taknak sambung degree. That is the reason. Finaz taknak susahkan mama abah bank in duit lagi bila ptptn tak mencukupi. Cukup lah finaz dah tahan malu nak mintak mama abah duit. Biarlah lepas finaz kerja, finaz yang hulur diorang duit semampu finaz. And finaz pun dah janji dengan diri finaz, lepas finaz dapat kerja finaz akan tanggung Salju. Cukup lah sekarang ni finaz dah tngok Salju merana dengan sakit dia. Finaz tak marah mama abah kalau sebelum ni diorang tak dapat hantar Salju g klinik sebab finaz tahu gaji diorang mampu untuk tanggung anak anak dia je. Tapi finaz bersyukur jugak, mama abah still dapat belikan makanan pasir and so on untuk Salju. Terima kasih mama abah :) jangan risau lepasni fifi yang tanggung Salju ok.

And finaz mintak jasa baik korang yang baca entry ni, doa doakan lah Salju cepat sembuh ok. Doktor ada cakap kemungkinan Salju ada penyakit Sporo (if u want to know what Sporo it is just google it) and untuk rawat Sporo ia makan beribu. Yaallah, luluh hati bila tahu. Wehhh sumpah taknak susahkan mama abah. Finaz mampu doa hari2 mintak Allah jauh kan Salju dari sakit tu. Sebab finaz yakin Allah tu Maha Besar dan Dia mampu sembuhkan penyakit Salju dengan kekuasaan Dia. Inshaallah amin.

Last but not least, actually finaz dah lama pendam simpan niat teringin nak jadi model tudung ke jubbah tak kisah asal dapat senyum depan camera. Lol. Alaaaaaa malunya confess kat sini. Hahaha! Dan Alhamdulillah niat finaz tu Allah makbulkan bila one one my ex-schoolmate mintak finaz jadi  model bisnes tudung dia. Terima kasih sebab bagi finaz peluang. Sumpah, appreciate sangat! Kakak kakak finaz even orang lain yang kenal finaz support cakap finaz boleh jadi apa yang finaz nak selama ni cuma kena usaha tonjolkan diri. Tapi finaz maluuuuuu hahaha. Takpelah, kalau ada rezeki orang panggil finaz okay je. Hehehe. Finaz percaya dengan niat baik ni untuk tolong mama abah inshaallah Allah bagi rezeki tu akan datang dan bila bila masa.

Huuuuuuu finally habis jugak :D  Finaz harap apa yang finaz sampaikan kat sini ada benda yang finaz dapat kongsikan kat korang and korang amek as motivate diri korang sendiri :) thankyou for lend ur eyes and read this long long entry hewhew. 

Bye Assalamualaikum :)      ***pinashpublish***



2 comments:

  1. Done reading the whole story, so I would say takda benda datang bergolek senang camtu je. We have to work our ass out and break a leg. But, about not furthering your study, maybe you should. At least after you dah ada kerja tetap and can afford to further your study. Sebab nowadays ilmu still no 1. Nice entry btw.

    ReplyDelete
  2. Well sometimes life gonna be hard but insyaallah we can make it . Kita semua dah habis study matlamat kita nak jaga parent pula . That the things we should do . Heheh . Hey you got a unique smile . Tak salah pun jadi model handsome kan . Hehehe . Goodluck finaz . Keep writing !

    ReplyDelete

from CRUSH to HUSBAND real quick

Assalamualaikum semua! Ya Allah, its 2019 guys  😂  TWO ZERO ONE NINE dan aku baru nak update blog after two years lol. Ok fine aku takna...