Tuesday, 30 April 2019

from CRUSH to HUSBAND real quick

Assalamualaikum semua! Ya Allah, its 2019 guys 😂 TWO ZERO ONE NINE dan aku baru nak update blog after two years lol. Ok fine aku taknak meleweh since we already..... you know like agreed, you guys voted YES on my instagram’s poll untuk tahu perjalanan cerita aku & suami. 

Bismillah. Ok, ceritanya bermula di mana actually kiteorang officemate di sebuah company ni. And aku start usha laki aku ni tapi time tu usha yang em takde perasaan apa apa pun, usha beshe beshe je 😂 macam lelaki suka tengok perempuan haa macam tulah. Tengok tengok gitu je 🤣 dan hari berlalu seperti biasa- 

Pada suatu hari...... Okay part ni aku excited! Fyi, awal bulan 8 which is 16/8/2017 aku officially contracted as Agent Insurance Prudential (part time je) nak cari duit tepi 😛 plus, abg ipar aku paksa sebenarnya 😂 dia kata muda2 ni lah ada tenaga kena cari duit lebih, dah tua nanti mana larat. So aku pun join jela 😂 guess what? Lepas je aku contract aku still takde case! Hahahaha adoi time tu aku buntu teruk dah mana aku nak cari orang ni 😂 biasa lah awal2 memang noob gila haha. Time tu aku doa aku cakap “ya Allah, tolong lah bagi aku case” padahal kita lah kena bukak mulut usaha cari orang. Sukahati aku je terus tawakal tanpa usaha 😂 Dan selepas beberapa hari Allah dengar doa aku. Ada orang DM aku kt IG nak tanya pasal insurance! Ha sudah, rezeki nak masuk lah ni aku kata. Dan orang itu adalah laki aku yang sekarang ni haha. Ko paham tak perasaan yang kau takde case ni, tetiba orang DM nak tanya pasal insurans. Ya Allah happy tak terkata weh! So, nak dijadikan cerita, laki aku adalah ORANG PERTAMA yang sign up insurance dengan aku. Dia lah LELAKI PERTAMA jadi client aku. Tak sangka aku dah ada sorang client time tu 😂 bangga noh baru dapat satu client hahahaha 🤣 

Start jadi client tulah bermula conversation aku dengan dia. Tapi hanya sebagai officemate dan client semata mata. Dan bermula lah jugak perasaan CRUSH tu muncul di hati gue hahahaha! Geli pulak aku rasa puikkk 😂 

Dan perasaan CRUSH tu makin lama makin kuat bila laki aku pun start bagi harapan! Ah lelaki kan. Semua sama bagi harapan no.1! Haha. Kk jk jk no.2 lah. Kah kah. Mana taknya, ada satu hari tu, dia nak keluar office jap lepastu whatsapp aku semata tanya “finaz nak kirim pape tak” WEH. CRUSH KO WS TANYA NAK PAPE TAK. KAN GILA TU NAMANYA. Tu pun boleh dikira bagi harapan lah kan. Kan. Kannnn? Ko ghase? 😂 ofcourse lah aku jawab, ADA hahahahaha dalam hati “gila ke takde” ok tu satu hal.

Next-

Hari demi hari berlalu, dan laki aku dah mula perasan yang aku suka dia. Mana taknya, dia layan weh ws aku sampai pagi buta :( BAGI HARAPAN jugak kan tu namanya?! Tapi kadang ada gak benda menyakitkan hati contohnya, tga syok ws 2/3 pagi tiba tiba dia hilang macam tu je :/ hampa betul. Tapi yela nak merajuk pun kita bukan ada pape. Dia anggap kita kawan biasa je 🙄 so aku pun malas nak amek hati. Memang takde rasa nak merajuk ke apa sebab aku tahu batas aku. Sebab aku tahu kalau aku kt tempat dia pun, dah lah takde hubungan apa2 tiba2 nak merajuk kan annoying tu. 

Next-

Awal bulan Sept 2017, dia nak p luar negara bercuti dengan kawan2 dia. Dia nak pergi New Zealand. So, time tu aku agak sedih jugak lah sebab crush ko nak p bercuti SEBULAN. Maknanya sebulan jugak lah kau tak dapat tengok crush ko kt office. And this part paling sakit, the worst memories, heartbreak semua perasaan yang tak best muncul bila crush aku whatsapp 3/4 hari before fly ke NZ, dia cakap tolong stop ada perasaan dekat dia 😭 ya Allah masa tu Allah je tahu sakitnya rasa. Kena reject. Kena friendzone for the first time. Yela orang yang melayan kerenah kau, layan ws kau sampai pagi buta, orang yang kau harap untuk suka kau balik tiba tiba cakap macam tu. Ah sedih. Korang tahu tak aku reply apa? Mestilah tak tahu kan hahaha. Dengan fake nya, aku reply “jangan risau lah bang, finaz akan buang semua perasaan ni okay” dan pada masa yang sama aku comfort diri aku sendiri. 

Okay ni pesanan untuk sesiapa pun yang ada crush kat luar sana. Dan pesanan ni based on apa yang aku lalui. Bila namanya CRUSH kita takkan tahu pun orang yang kita suka tu akan suka kita balik atau tak. Bila dia anggap kita kawan, kita takkan dapat macam mana yang kita harap. Contohnya, kalau dia end conversation dan tiba2 hilang macam tu je padahal kita ingat dia akan say something or let us know lah kan kalau dia nak end conv. Tapi malangnya tak. Biarlah. Pujuk hati cakap kat diri sendiri “kita kan kawan je so takde sebab aku nak marah” Dan kalau ada orang lain pun CRUSH kt crush kau let her be. And let him be friend to anyone yang dia nak berkawan. Tak kisah lah lelaki ke perempuan. Jangan biarkan perasaan suka kita kt crush tu boleh jadi buruk di mana cara kita kadang mengongkong dia. Yela kita takde pape tp kita nak marah dia sebab kawan dengan perempuan lain. Kan silap tu. Please, lelaki tak suka kena kongkong. Macam tu jugak kita kan. Remember that. Last but not least, jangan kacau hobi dia. Contoh kau tga syok ws tiba2 dia hilang sebab layan hobi dia dan kau pun merajuk. Oh silap. Let he enjoy his hobby. Dia mesti pelik kalau kita tak merajuk and boleh continue conv macam biasa. Ofcourse sedikit sebanyak dia akan impress dengan attitude kita sebab kita jenis crush yang memahami. Cewahh. So, jaga batas jaga perasaan kita sebagai seorang yang suka pd seseorang. Faham kan? 

Kita sambung balik cerita pasal NZ tadi. Nak dijadikan cerita, kan dia cakap stop ada perasaan kat dia and no more ws lama lama lagi. Sebab dia taknak aku ingat dia bagi harapan kt aku. Padahal emmm *rolled eyes* and guess what. Baru hari kedua or ketiga dia kt sana, kiteorg dah start ws balik lol hahahaha. Siap video call semua lah! Time tu aku dah ada instint yang eh eh laki ni macam nak suka aku balik je 😂 tapi kita watlek je hahaha sampai lah dia dah balik malaysia balik. We still contact as usual haha. 

*7/11/2017*
Malam tu tiba2 kiteorg nak oncall. Sedar tak sedar rupanya sampai pukul 5 pagi. And dia ada tanya satu soalan kt aku. Finaz nak kawin dengan siapa, aku pulak boleh jawab selamba dekkk je “kawin dengan abg lah” hahahahaha berani mati siot time tu. And time tulah dia confess kt aku. Dia confess yang dia dah start suka kat aku! Finally ya Allah happynya tak terkata 😭 haha.

Aku ringkas kan cerita.

Perjalanan hubungan aku dengan dia sangat mudah. Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan. Sebulan selepas tarikh dia confess tu which is bulan 12, dia pergi jumpa abah and gentle terus cakap nak serius kan hubungan ni so nak tunang. Aku pun agak was was sebab terlalu cepat. Supposely dia nak tunang bulan 3 2018 tapi aku mintak masa untuk aku fikir masak2 and we decided untuk tunang bulan 6 2018. Dan masa majlis pertunangan berlangsung, terus kiteorg decide untuk tetapkan tarikh nikah pada 2/2/2019. 

Dalam masa tempoh jadi tunangan orang tu, ya Allah dugaan tunang is real doh sumpah. Ada masa tiba2 rasa menyampah sangat tengok muka dia. Haha ya allah teruk betul perangai aku masa tu. Tapi hari2 aku doa semoga aku dengan dia sentiasa kuat untuk hadap semua dugaan. Alhamdulillah semuanya baik baik sahaja sampai lah ke hari pernikahan aku dan suami. 

Nampak tak perancangan Allah tu hebat kan? Allah jodoh kan aku dengan orang yang aku tak sangka2. Allah bagi aku rezeki dapat suami sebaik baik manusia. Suami aku yang sangat2 hard working, caring, jaga aku, manjakan aku macam baby 🤣 sumpah tak tipu. Haha. Gaduh? Gaduh mesti ada. Siapa air siapa api? Mestilah aku yang api! Haha. Manade rumahtangga yang takde gaduh. Kita kawin dengan manusia bukan dengan tunggul 😂 tapi cara macam mana kita overcome dengan gaduh tu. Communication is the key 💪🏻 tak suka, cakap. Bagi solution. InshaAllah semuanya akan baik2 sahaja. I just wanna say, i’m proud and happy in my married life. 

Finaz doakan sesiapa yang baca entry ni, dapat rezeki jodoh yang baik hatinya, yang boleh jaga kita masa sakit, boleh happykan kita masa sedih, yang ada masa susah dan senang kita dan yang paling penting, boleh bimbing dan bawak kita ke Syurga Allah sama sama. Itu yang kita nak. Impian semua orang nak ada kehidupan yang baik bukan di Dunia sahaja tapi kehidupan di Syurga. InshaAllah Ameen. 

Sekian- thank you for reading!      ***pinashpublish***

Saturday, 5 August 2017

WHY TODAY YOU GUYS KENA ADA POLISI TAKAFUL

hai everyone. so today finaz akan straight to the point tentang kepentingan takaful. but before i start to write more details, i really hope you guys boleh baca sampai ke penghujungnya sebab seriously finaz sendiri taknak surrounding finaz which is kawan kawan yang finaz kenal sama ada rapat atau tak menyesal bila dah terlambat & i believe orang yang betul2 nak tahu tentang pelan takaful ni cuma pd orang yang dah ada kesedaran tentang pentingnya dan perlunya kita ada takaful ni setiap orang atau mungkin ada yang masih belum clear tentang takaful ni. mungkin akan ada segelintir reader yang membaca blog ni menganggap pelan takaful ini tidak memberi apa apa kepentingan dalam kehidupan seharian kita. tapi percaya atau tak, ia akan menjadi kepentingan apabila dia sudah tidak layak. dan ia memerlukan sesaat musibah untuk menghancurkan kewangan anda dalam sekelip mata.  i really wants to share pasal ni lagi lagi pada orang yang dah bekerja dan berkeluarga. ok lets.

--

there is group by group that think this way:-

1st group: " nanti-nantilah benda alah ni. bukan masa yang sesuai nak ada insurans ni. alhamdulillah sihat lagi takde apa nak risau baik aku kumpul duit beli asset dulu macam kereta rumah nak kawin bla bla bla...." 
  • eh kalau ikut logik, katakan sakit tu datang sebelum kau cari asset. dan kau ditakdirkan tak dapat lagi nak bekerja. eh apa cite pasal kereta rumah nak kawin bagai tu? haa jangan hancurkan impian sendiri tanpa ada perancangan yang betul. boleh, takde masalah nak kumpul asset tapi pastikan kita merancang dengan bijak. tak pasal pasal duit yang dikumpul untuk beli asset terpaksa dibuat bayar untuk kos rawatan. be prepare.
2nd group: "pedehal, company paling tercinta gua cover kot. aku kerja company besar. takyah menyusahkan diri nak kena bayo tiap bulan. membazir."
  • hahahaha ini kelako doh. cite dia sekarang company tu nama kau ke? tak kan? kalau nama kau takpe. ni tak, bila bila masa je dia boleh buang kau kalau kau dah sakit. sakit yang macam mana tu? cth: sakit kritikal. mungkin ada company yang berhati perut boleh cover insurans dan bayar gaji full setiap bulan cam biasa. tapi kalau dah sampai tahap 3 4 bulan tak kerja mc kena warded. kalau ikut logik ada ke company nak simpan pekerja yang dah ada sakit yang dah tak memberi apa apa benefit pada company (dalam bahasa kasarnya lah) jadi once kita dibuang, mana pulak duit kita nak cari lepas kena buang untuk nak sambung bayar kos rawatan tersebut? ingat, insurans takkan cover untuk orang yang dah ada sakit. dan citenya lagi katakan insurans company cover untuk one family RM30k. tapi kos rawatan sebanyak rm50k. mana ekau nak cari lagi 20k? jual kereta? rumah? esok lusa anak dah ada sakit, duit insurans company tak cukup sebab kita dah guna, time tu jangan nak cari agent sebab nak amek insurans untuk anak dan esoknya nak guna. maaf kami tak dapat nak tolong. jadi, bertindak lah sekarang.
3rd group: "kerajaan kan ada, buat apa susah susah nak bayar tiap bulan untuk insurans..."
  • ok yang ni aku takkan argue apa apa. sebab ia terletak pada pilihan masing-masing. kalau kita mampu kenapa kita kena berebut nak warded kat hosp kerajaan. faham tak maksud aku? why not kita yang berkemampuan ni bagi lah peluang pada orang orang yang betul memerlukan. percaya atau tak, orang yang bekerja di hosp kerajaan sendiri pun ambilkan takaful untuk anak anak dia sebab apa? jawab dia, "sebab esok lusa anak aku sakit, aku tak sanggup tengok anak aku admitted kena tunggu turn di ruang emergency"  faham tak? orang yang betul ada kesedaran je dia akan fikir that way. kita nak yang terbaik untuk orang yang kita sayang. esok esok kalau kita sakit ke kemalangan ke kaki patah berdarah pergi emergency jangan pelik kalau ada doktor cakap tunggu ya tunggu turn. lepastu nak rawatan kat swasta fikir kan kos rawatan pulak. see? boleh nilai sendiri masing masing kita dah besar ada akal boleh fikir. kalau you guys ada medical card harini, esok lusa dah tak perlu risau nak cari duit nak bayar. sebab insurans fully cover. 
--

ya finaz tahu ada yang mencari untuk pakej family. maaf, untuk medical card Prudential Bsn Takaful tiada pakej family tapi individual. ada orang pernah cakap "baik amek pakej family, murah pun murah" itulah mentaliti orang kita. nak murah tapi expect dapat service baik gila kaw2 punya macam tiap bulan bayar 1k. hahaha. tiba bila nak discharge tetiba kena bayar itu ini. eh kata cover semuanya. tapi rupanya ada certain2 yang insurans tak cover. dia lupa padahal dia sendiri cakap "murah pun murah" haa nampak? even prudential bsn takaful untuk individual tapi jangan risau tentang cukup atau tak. kita dah tak perlu risau psl anak bini kita punya kos rawatan. 

kalau tiap bulan boleh bayar merc bmw range rover porche audi (bak kata orang kita bayar besi buruk yang harganya makin lama makin turun) dalam 2 @ 3k tapi diri sendiri nak apply insurans takaful sebulan setakat rm200 dah rasa mahal. ingat balik, itu besi buruk harga makin turun, tapi kos rawatan harga makin lama makin naik. haaaaaaaa. fikir fikir lah eh.

..

jadi finaz harap apa yang finaz kongsikan ini dapat membuka sikit minda you guys WHY TODAY kita kena ada medical card sendiri. takkan esok lusa bila dah pencen harapkan duit pencen duit EPF ASB habiskan semua simpanan untuk kos rawatan? lepastu merayu minta bantuan kt tv, media sosial minta simpati dan sebagainya. jangan menyusahkan orang lain hanya sebab bodoh sombong kita masa muda cakap insurans tak penting. apa salahnya yang dah kerja tu buat untuk diri sendiri bila sakit nanti. bukan untuk orang lain pun. tak rugi apa pun malah kita tak akan menyusahkan parents kita menyusahkan orang lain. 

kalau berminat dan ingin tahu benefit apa yang korang akan dapat dan tahu lebih details dan nak amek PruBsn ni dengan finaz, Perancang Kewangan Prudential anda boleh contact or whatsapp di:- 0182332286. dan pada sesiapa yang nak finaz buat free quotation boleh terus pm. mana tahu korang takut kewangan korang masih belum cukup kukuh takpe, finaz akan advise apa yang terbaik untuk korang ok. jangan segan jangan malu. 


terima kasih banyak pada yang sudi membaca entry kali ini. Itu pun sudah memadai dan Allah jentikkan sedikit hati korang untuk baca ni sampai habis. Inshaallah moga entry ni memberi manfaat untuk korang. finaz cuma nak tolong dan taknak korang susah cari duit bila sakit nanti :)


Friday, 14 April 2017

appreciation post

this entry gonna be a lonnnnnnng essay i think. haha so think twice before you wanna read this ok! but i hope you guys would spending your time for me, can ah? hahahaha its sound like memaksa kan? okay okay let's start it.

actually what the things that makes me wanna write about appreciation post is just now i called my friend which is my ex-housemate, classmate & everything! basically, i talked to her about my work, how about her studies and blablablaaaaa.. then we end our conversation and tup end our call.

you know when you've been in alam pekerjaan, everything gonna be change like 360' right? and it is totally rightttttt. haih. how i am really missing the "alam belajar". tapi hati memang dah takde rasa nak belajar hahahaa. k. as we know the things that make us like really missing "alam belajar" is ALL YOUR FRIENDS. ofcourse we're not missing for the assignments -____- whoever who feel missing to assignments you guys are crazyyyyyyy doh. hahaha.

perkara yang paling kita takut bila dah masuk alam pekerjaan ni dan kawan kawan yang lain masih sambung belajar ialah diorang fikir kita dah lupakan diorang. yaallah benda tulah paling takut walaupun that will never happen! no wayyyy no guys! whatever i do wherever i go, i will never forget how can we be friends, how close we are. you guys always be there for me thru thick & thin, ups & down anddddd everything that we do together. :(

baru tahu bila dah kerja ni perasaan bila kita selalu cakap kat orang "ee kau dah kerja lupa kiteorang en" weh, alhamdulillah takde lagi kawan kawan cakap kat aku gitu. HAHAHA harap harap takdelah. cuma terfikir takut takut dalam diam dalam kalangan kawan kita cakap gitu. bukan takde masa, tapi susahnya nak describe! kalau dah kerja nanti tahu lah hehe.

sejujurnya, finaz banyak lost contact dengan kawan. kawan kawan dari sekolah menengah then pindah ke teknik perd. lepastu dah sambung belajar dan sekarang berada di alam pekerjaan. Allah je tahu how i feel like wanna do reunion with all my old friends. sampaikan rasa dapat contact thru media social pun jadilah, dapat comment comment pun jadilah. serius, i am the most happiest person bila kawan kawan lama still comment and that time we will feel damn u still remember me babe misssyouuuuusomuch haa gitew.

sekarang yang tinggal hanya kenangan eceh. hahaha takdelah harap bukan setakat itu je, moga persahabatan terus kekal walaupun jauh di mata.

bukan nak cakap once dah kerja ni memang takkan ada masa untuk kawan. bukan. tapi kadang balik kerja ni fikir nak tidur je hahahaha eh serius! macam zaman belajar gak fikir asyik nak tidur je hahhaa.

appreciation post ni khas untuk kawan kawan yang mungkin kita fikir mungkin setakat itu je kita kawan tapi tak. korang lah yang ada bila susah dan senang, nakal sama sama. ponteng sama sama. semua benda buat sama sama.

here i will mention you guys that always in my heart sama ada kita dah tak contact dan juga masih lagi contact and i miss you so much.

sekolah menengah (form1-3)
- yanie, mazia, mimi, ruzrin, erin, shamira, ada lagi tapi lupa nama! alaaaa kita ingat muka ok! lagi yanie mazia yaallah korang lah memang selalu ada dengan kita. yeah kita dah tak contact, tapi sumpah tkkan lupa apa kita buat sama sama semua. kawad kaki, balik sekolah sama sama, duduk bustop, masuk setia indah beli slurpee haaaa banyak lagi! kita takkan lupa korang :(

teknik perd (form4-5)
- fatinnusalwa, wanie rahmat, ainur syafieqa & nabilah filzah, ini antara kawan paling setia, paling rapat, paling jarang nak bergaduh, tapi kalau dah bergaduh em geram betul haha! haihhh korang memang jantung hati betul tapi tulah nak kata lost contact tak, tapi kita jarang contact. but once dh contact tu memang gila gila balik. hahahahaha sayang kat korang gila!

diploma.
- yaallah ramai! antaranya adalah wardah (my english teacher nak describe memang panjang. tapi kalau takde dia mmg takde life serius) | kak zaty & kak kiera (ni lagi lahhhhhhh my two loveliessss sisters. paling memahami, paling selalu ada susah dan senang paling senang nak gila gila paling susah bab nak belajar menari sesama hhaahahaha weh aku sayang doh kt korang klau tkde bf ada korang pun dah cukup hehe) | tra & dila (haih dua orang ni paling penghibur hati ni. kalau badmood je ada dua orang ni boleh ketawa balik. gila gila korang tu memang takkan jumpa dekat orang lain. hahaha.) | muna, pika, memey, alyn, dayanna, kokyin, yaya & the boyzzzz eddy zul aarul nazrul maro haziq afif (always be there for each other <3)

nak cerita satu satu takkan pernah cukup. cukup lah sekadar dengan doa agar urusan korang sama ada di alam belajar mahupun yang dah kerja dipermudahkan segala urusan, amin ya rabbal alamin :)


last but not least, I SWEAR I MISS YOU GUYS SIAAAAA -_____-  for me, i dont mind if some of my friends do not contact me bcs i know everyone has their own life as long as u still remember who are always beside u when u need someone. tak contact tak bermakna kita lupa hehe.


done!          ***pinashpublish***


Wednesday, 15 March 2017

its 2017 guys

guys, its march 2017 already. how time flies so fast! I know that even though i write an entry, a new entry no one would though by open new tab and type in the link finazhakem.blogpot.com and and reading my blog yang I can say nothing special pun. Like whoever willing follow my blog before this (walaupun 90% takde pengikut pun) haha I am the person who likes to share whatever I want. So today I cam terfikir eh banyak benda I nak share! hehehehe.

Firstly, I would like to share about my new job, my first experience in careers life! Ohhh damn can't wait to share with you guys! Okay, let's throwback sat. Once upon a time, I had really a bad day that time when I get my first gaji. Not so called gaji pun sebab I tolong warung cam biasa (previous entry I pernah share). Warung biasa biasa je so I punya skop kerja tu ecehh haha cashier lah tapi dalam bahasa orang orang sini tukang kira je haha. Nak dipendekkan cerita, bukan I tak bersyukur dengan duit upah yang I dapat but Im so sad until I wondered how long can I like tahan kerja sini untuk menampung family, right? 

Lepastu, one of my cousin promote ada job vacancy kat company dia as front office assistant. Apa lagi I terus personal whatsapp dia tanya this & that. Malam tu tak tahu kenapa sayu sangat, abah tanya pasal gaji aritu dapat berapa. Terus I leleh weh. haha. Serius tak dapat tahan sebab cam sebak au. That time terjadilah sesi luahan sambil hujan. eh? sampai abah pun hujan, ko rasa? haha. Part ayat abah sampai sekarang I ingat. Depan depan cakap sambil memasing sebak tu, "yaallah kau berikanlah pekerjaan yang baik baik untuk anak aku ini" that time I bukan hujan dah, ribut taufan dah. haha. 

Keesokan paginya, salam abah sebab dia nak pergi kerja, abah berbisik, "subuh tadi abah doa lagi supaya fifi cepat cepat dapat kerja bagus". allah :') 

Petang tu, I get a called from the company that I applied for a job. Settle bercakap itu ini, terus call abah dengan rasa bersyukur tak terhingga sambil nangis nangis bagitahu abah I dapat job tu. yaAllah, Kau dengar doa abah ku, doaku, doa mamaku. Kau angkat doa mereka dan aku. bersyukur-- 

UEM Sunrise Berhad-- serius cakap. Company yang dah ada nama, company besar, company yang paling susah nak dapat tapi I dapat! You know that feeling like bersyukur gila gila ha gitu. But but but, I tak kerja kat dia punya company kat centre tu. I kerja kat clubhouse dia. Clubhouse tu kira untuk residen yang beli rumah under UEM lah. Tapi kalau public nak datang pun boleh. Whoever read this mai lahhhhh datang! RM35 je yang uolls boleh guna fasiliti yang kita sedikan which is swimming pool, gym, bicycle (coming soon) & tennis court. menarik bukan? sempat I promote! haha. 

So basically, among of the benefits that have in this company, they give the discounts to all staff UEM Sunrise if they want to buy a house under UEM and mostly rumah tu area nusajaya. Eh, diskaun kat pasaraya pun orang dah happy macam nak gila inikan pulak diskaun nak beli rumah weh. haha tapi hanya untuk staff sahaja ya. hehehe. Lagi, company ni dia punya annual leave (orang yang dah bekerja tahu lah apa dia AL tu) haha banyak gila! aihhh tak terkata lah. Last but not least, company cover insurans weh. okay bunyi cam biasa je en. company cover insurans bukan untuk you sorang tapiiiiiiii if u married u ada husband and anak anak, semua tu company cover! RM50,000.00 setahun. Tu I cakap memang best gila benefit company ni sebab ramai fikir dua tiga kali kalau nak berhenti dan kerja tempat lain. 

One more thing, I nak promote sikit. hehe I dah start jual online baju baju yang trendddd dan cantik cantikkkk so do follow and support me please, and shop at @pinash.co (Instagram)! semoga Allah balas jasa anda semua. hee

Okay dah. Tu je I nak share. Its not like I berlagak or what tapi sebab terlalu bersyukur dengan peluang yang Dia bagi dengan sekelip mata. Ingat ya kawan kawan, kalau niat kita ikhlas inshaAllah, Allah permudahkan urusan kita ok. Huuu Allah Maha Besar. Semoga engkau limpahkan rezeki yang melimpah ke atas Nur Syafinaz binti Abdul Hakem. amin. hikhik. begitu jugak awak semua moga allah permudahkan segala urusan okay. 


assalamualaikum. have a great day ahead!         ***pinashpublish***



Thursday, 1 December 2016

don't be so judgemental :)

Assalamualaikum. Hi :)

Ok. Rasa janggal. Haha lama sangat dah tak menaip. Ok kita straight to the point jelah. Tapi sebelum tu rasanya some of you guys yang ikut cerita finaz ni ((ceh acacah macam banyak reader je)) hahahaha mesti tahu kot finaz nak cerita pasal apa. Eh jap. Actually kalau korang rasa bila baca ni macam finaz meluah that means finaz memang nak meluah tau plus nak bercerita sebab tak tahu nak cerita kat siapa :p

Ok jom kita mulakan.

Bismillah.

Finaz ada terbaca satu tweet ni dia cakap macam ni, “pakai iphone, followers banyak, dah kerja tapi still mintak derma untuk kucing sendiri”. Wuuu judgemental sangat ni. Sebab before nampak tweet tu finaz ada retweet tweet sorang perempuan ni memang cantik followers pun boleh tahan dia mintak sumbangan untuk kucing dia sakit tak silap batu karang kot sampai kencing kucing dia berdarah teruk dah so kos untuk kucing dia cecah ratus jugak lah. So finaz memang dah boleh agak lah yang tweet “judgemental” sangat tu ditujukan untuk perempuan tu.

The first thing yang terlintas dalam kepala ni “WHAT THE HELL SIAA” yelah. Weh jap. Kau siapa sia nak judge orang macam tu sekali? Korang nampak remeh en? Tapi kalau kita letak diri ni kat tempat perempuan tu then kita baca? Sah sah lah kita akan terasa tipu lah tak sedih tambah sedih dengan keadaan kucing kita yang tengah sakit tu. Haih. I feel you sayang.

Ok firstly, kalau orang tu pakai iphone je kau dah boleh judge dia orang kaya ke? Oh tak tahu pulak kalau pakai iphone ni khas untuk orang-orang kaya je. So, orang-orang biasa macam ni tak mampu dan tak layak lah? Nak bagi korang fikir jap. Kita tak tahu kalau iphone user tu pakai memang dari duit dia ke atau birthday present ke tak pun menang mana-mana competition dapat free ke. Then kau dah judge “pakai iphone tapi mintak derma” dasar gila. So, this is the first stupid reason.

Secondly, u used “followers banyak” then why mintak derma? LIKE SERIOUSLY!? Are you lost your mind? Err I feel like want to carut dohhh serius. Allah…. Kau ingat setiap kali followers naik satu dapat like 1 or 2k ke? WHERE IS YOUR BRAIN??????????????  Haa. Faham kan? Dasar gila.

Next the third one is, dah kerja kan so why nak mintak derma? Ok, reason yang ni mungkin masih boleh diterima. AKAN TETAPI, did you know apa dia kerja? Yes, like I said, we don’t even in their shoes so we don’t know what she had been through in her life sampaikan dia terpaksa untuk meminta derma. Ok? Please please please jangan cakap apa apa kalau kita tak tahu. Ok? Dengan apa yang kita cakap tanpa tahu asal usul, we may hurt them by our words so watch out. Kalau dia tak ampunkan, merangkak kita cari dia kat sana nanti tau. Tak takut ke?

Actually, why I want to write about this, sebab my sister dah lalui.
And finaz pernah mintak sumbangan untuk Salju sebabkan dia pun pernah kena batu karang. Korang ingat orang yang dah bekerja ni takde komitmen lain ke? Diorang kena bayar duit kereta, insurans, bagi mak ayah duit, duit minyak, makan dan dll.

Ya Allah, nak nangis. Bukan apa, sebab diorang tak tahu apa apa then bercakap macam dah tahu semua benda weh. Ahh dem. Finaz cerita ni serius I am not ask your simpati. Nope. Macam ni lah, kita cerita sini habis sini je tau. Terus terang, finaz dan kakak finaz which is Ira decide nak mintak sumbangan then post kat instagram twitter first sebab Ira pun tak mampu dengan gajinya sebanyak tu aje memandangkan masa tu pun dah pertengahan bulan biasa lah kan. Duit makin berkurangan dengan finaz masih belajar. Abah dengan mama takyah cerita lah. Gaji diorang pun cukup-cukup untuk dua orang adik yang masih sekolah.  

Alhamdulillah, bila mintak sumbangan tu ada beberapa orang derma, ya Allah hanya Allah je dapat balas kebaikan diorang. Menangis. Serius rasa bersyukur sebab masih ada orang yang tolong. Nanti kat sana, inshaAllah, Salju takkan lupa orang-orang yang dah tolong dia.

Jadi, berbalik pada tweet tadi. Please don’t be so judgemental. Kita tak tahu background keluarga masing-masing kan. Yes “luaran nampak happy, tapi kat dalam takde siapa tahu ”sama jugak “kat luar nampak glamour cantik senang tapi hakikatnya?”  kalau ada orang mintak derma untuk kucing dia ke apa, just tolong share or retweet ke. Kalau tak percaya takut kena tipu then just diam tak perlu cakap apa apa. Kang bercakap benda tak betul lagi susah kan.

Aku yakin, kita susah sekarang untuk tolong dia (Salju) hari ni, inshaAllah kat sana nanti dia akan tolong kita balik. Salju takkan lupa kakak kakak dia :’)

Saya mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, yang baik datang dari Dia, yang buruk kita perbaiki lagi.


Okay done for today. Ada masa kita cerita lain pulak ok. Bye, assalamualaikum.      ***pinashpublish***

Tuesday, 14 June 2016

LIFE :)

Assalamualaikum. Hi! Its been a while :) Terlalu lama tinggalkan blog ni tanpa update apa apa cerita. I don’t know how to start actually, but…… oh yeah, Selamat menjalani Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini :) semoga apa yang kita lakukan diberkati oleh Dia. And I’m so sorry again disebabkan tak ada masa untuk kongsi cerita apa yang berlaku sebelum2 ni. But, I will try my best untuk cerita semuanya dengan ringkas dalam satu entry ni. Okay? ;)

Ok firstly, apa yang membuatkan finaz nak update blog sebab pertama finaz takde class harini hihi. Kedua, sebab harini one of my ex-schoolmate ada mention kat twitter pasal gaji parents. If she read this, finaz bukan terasa marah or what seriously. But thankyou sebabkan mention tu buat finaz ada idea nak update blog ni. Hehehe :) And siapa yang dah mula baca blog ni sorry again bcs this is quite long entry I think hahaha. So pls jangan baca separuh jalan ok habiskan ok. Terima kasih :p

So, this time finaz nak cerita sikit pasal how my life’s going on before and after this. When one of my ex-schoolmate cakap gaji parents finaz mesti rm4000 ke atas. But the truth is, no. It is even below rm2000 :) finaz bukan nak menunjuk atau mintak simpati or what tapi after she said that, I’ve realized that my parents really really worked hard for the sake of their childrens (kelima lima anak perempuan dia)  sumpah, finaz bersyukur sangat sebab dilahirkan oleh mama and ada abah untuk jaga finaz. *ok dah nangis* Alhamdulillah, sekecil mana pun gaji diorang, sampai sekarang finaz dengan adik-beradik belum pernah lagi kena kes kelaparan tak dapat makan sebulan or what haha. Alhamdulillah sangat semua pakai makan cukup dengan gaji abah yang ada :) dan sampai sekarang mama abah masih kena menanggung 3 orang lagi anak perempuan dia iaitu finaz dan dua orang adik finaz yang masih sekolah.

Gaji below rm2000 and my parents still dapat jaga makan pakai makan minum anak dia semua cukup. Terima kasih yaallah :)  walaupun pernah di situasi yang genting and ada orang2 yang Allah hantar untuk bantu keluarga finaz. Alhamdulillah.

Finaz dah banyak kali sebenarnya kena situasi macam tu. Orang yang melihat kita dari luaran mesti terus judge itu ini. Biasalah, itulah lumrah manusia. Semua manusia sama. Kita tak tahu apa apa dan kita judge. Then bila dah tahu yang sebenar barulah “ohhhhh damn silap sia aku cakap before this bla bla bla” finaz pun macam tu jugak. So, finaz tak kisah kalau orang judge cakap cara hidup finaz and family senang. Finaz tak cakap family finaz susah, tapi tak sesenang orang di luar sana.

Mungkin orang nampak luaran kita pakai makan semua nampak berada tapi cerita yang sebenar sebaliknya diorang tak tahu. Finaz percaya tak semua hidup sempurna. Kadang yang keluarga susah Alhamdulillah bahagia dengan kehidupan diorang. Ada yang keluarga senang berada tapi tak bahagia dengan sesuatu benda. Allah tu Maha Adil. Itu yang kita kena pegang sampai bila bila :)

Sebab tu, finaz selalu doa permudahkanlah urusan finaz untuk tolong balas jasa mama abah balik suatu hari nanti setimpal dengan apa yang diorang dah korbankan selama 20 tahun finaz hidup.

Alhamdulillah, dua orang kakak finaz dah bekerja bagi hulur pada diorang setiap kali diorang dapat gaji. Itu perkara biasa finaz rasa. Bila kita dah bekerja tanggungjawab kita as anak mesti hulur pd diorang walaupun sesikit mana. Sampai sekarang aku masih ingat kata kata kakak aku yang kedua iaitu Ira. “fi, kau kena kena ingat satu benda ni. Lepas kau dah bekerja nanti, sikit mana pun gaji yang kau dapat, tak cukup mana pun kau rasa gaji tu, hulur jugak pd mama abah. Sebab kau kena percaya rezeki Allah tu kat mana mana ada” ohhhhh god damn aku nangis sekarang ni hahaha hmm :’( ayat kakak finaz tu memang menusuk gila time tu. Fuhhhhh.  Inshaallah jika Allah permudahkan memang finaz akan balas juga jasa mama abah :)

Ok. Next pasal Salju. As u know pasal Salju kucing finaz (sesiapa yang follow kat instagram finaz tu tahu lah sebab apa). Kalau korang perasan finaz ada cakap kat caption, “maaf sebab selama ni tak pernah hantar Salju g klinik atas sebab tertentu”. Dan beruntung siapa yang baca entry kali ni sebab diorang dah tahu sebab apa family finaz tak pernah mampu hantar salju g klinik. Sebabnya, apa yang finaz cerita kat atas tadi.

Sebab tu, finaz tak kisah kalau orang nak bercakap pasal finaz kenapa finaz ambil keputusan habis diploma finaz nak cari kerja tetap dan taknak sambung degree. That is the reason. Finaz taknak susahkan mama abah bank in duit lagi bila ptptn tak mencukupi. Cukup lah finaz dah tahan malu nak mintak mama abah duit. Biarlah lepas finaz kerja, finaz yang hulur diorang duit semampu finaz. And finaz pun dah janji dengan diri finaz, lepas finaz dapat kerja finaz akan tanggung Salju. Cukup lah sekarang ni finaz dah tngok Salju merana dengan sakit dia. Finaz tak marah mama abah kalau sebelum ni diorang tak dapat hantar Salju g klinik sebab finaz tahu gaji diorang mampu untuk tanggung anak anak dia je. Tapi finaz bersyukur jugak, mama abah still dapat belikan makanan pasir and so on untuk Salju. Terima kasih mama abah :) jangan risau lepasni fifi yang tanggung Salju ok.

And finaz mintak jasa baik korang yang baca entry ni, doa doakan lah Salju cepat sembuh ok. Doktor ada cakap kemungkinan Salju ada penyakit Sporo (if u want to know what Sporo it is just google it) and untuk rawat Sporo ia makan beribu. Yaallah, luluh hati bila tahu. Wehhh sumpah taknak susahkan mama abah. Finaz mampu doa hari2 mintak Allah jauh kan Salju dari sakit tu. Sebab finaz yakin Allah tu Maha Besar dan Dia mampu sembuhkan penyakit Salju dengan kekuasaan Dia. Inshaallah amin.

Last but not least, actually finaz dah lama pendam simpan niat teringin nak jadi model tudung ke jubbah tak kisah asal dapat senyum depan camera. Lol. Alaaaaaa malunya confess kat sini. Hahaha! Dan Alhamdulillah niat finaz tu Allah makbulkan bila one one my ex-schoolmate mintak finaz jadi  model bisnes tudung dia. Terima kasih sebab bagi finaz peluang. Sumpah, appreciate sangat! Kakak kakak finaz even orang lain yang kenal finaz support cakap finaz boleh jadi apa yang finaz nak selama ni cuma kena usaha tonjolkan diri. Tapi finaz maluuuuuu hahaha. Takpelah, kalau ada rezeki orang panggil finaz okay je. Hehehe. Finaz percaya dengan niat baik ni untuk tolong mama abah inshaallah Allah bagi rezeki tu akan datang dan bila bila masa.

Huuuuuuu finally habis jugak :D  Finaz harap apa yang finaz sampaikan kat sini ada benda yang finaz dapat kongsikan kat korang and korang amek as motivate diri korang sendiri :) thankyou for lend ur eyes and read this long long entry hewhew. 

Bye Assalamualaikum :)      ***pinashpublish***



Sunday, 28 February 2016

Cameron Highlands

Assalamualaikum. Hi :)

Wow. Soooo wow! Hahahaha *gelak betul betul ni* wehhh seriously it’s been 3 months that I didn’t write my blog. The last previous blog was on November which was last year kikiki.

So, what had gotten me to write on my blog again is because one of my coursemate asked me to write sebab saya dah lama tak update. Hahahaha! Actually, bukan malas nak menulis but I don’t have any idea untuk menulis.

Betul lah orang cakap, kita kalau suka satu benda tu mula mula kita akan hari hari rasa nak buat but then lama kelamaan makin emmmmmm MALAS. Yes malas. Tapi bukan semua benda lah. Ada certain2 benda lah kan. Hahaha alaa bukan kita je rasa gitu, semua manusia gitu kannnnn. Eh? Alalalaaa jangan marah yelah kita sorang je malas awak awak semua tak :D

Okay. So cuba teka saya nak tulis tentang apa? Cehhhhh (takyah formal sangat ah fie gedik betul!) ß talk to myself*  Hahhahaaha kk. Pasal apa? Cameron Highlands? Okay tak? Ke tak okay?
Ahhh nak cerita jugak wekkk :p                                                                 

So nak dijadikan cerita cuti CNY aritu my family and I pergi Cameron Highlands! Like seriously, I am the happiest girl sebab apa? Nak tahu? Sebab Cameron Highlands is one of my fav place that I really wanted to go! Because before this, asyik tengok and dengar orang pergi sana je. Noob gila en aku sebab jakun tak pernah pergi. Eh so what?

One of the people that I have known all my life, always said “sabar, tak semua benda kita nak kita dapat on time. May be it takes time. Inshaallah one day apa pun kita mintak kita dapat cuma masa yang menentukan sama ada cepat atau lambat” So, start from that I believe in his words and I believe and all His plans is better than my dreams.

Sooooo pup pap pup pap! Finally, sampai jugak ke destinasi yang dituju. Aihhhh actually I still can’t move on about the Cameron trip. If you want me to shared with you guys from the first day until the last day at there, I can tell you guys without leaving any details, seriously.

My family and I duduk dekat homestay Al-Mashoor. Sejuknya mashaallah! I feel like I was at Korea babe! Kebetulan, masa aku kat sana boleh pula musim hujan. Bila tang malam tu emmmm tak boleh tidur lena sebab menggigil kesejukan yang terlampau sampai pakai berlapis lapis. And if you guys yang pernah pergi sana ada setengah hotel still ada aircond, kipas and so on. And yes, nasib baik homestay yang aku duduk tu takde apa apa hahahaha yup takde aircond takde kipas. Weh memang dah sejuk gila kot!

So on the second day kat sana, pagi pagi lagi kiteorang dah keluar pergi Kea Farm. sebab taknak hadap jem. Itu tips ya! Korang kalau nak berjalan kat sana keluar lah awal pagi, abaikan rasa mengantuk tu just pikir korang nak have fun kat sana. Kang kalau dah kena hadap jem korang jugak bad mood kan lagi lagi time cuti sekolah haaaaa. Hehehe.  Ok. Kea Farm tu pasar pagi. Masa aku pergi tu mungkin terlalu awal pula hahaahaha so banyak kedai tak bukak lagi. K time tu tahap sejuk dia memang aku sendiri menyesal sebab pakai 3 lapis JE :( nasib ada abang ipar saya, abg azhar yang baik hati lagi gentle bukak dia punya sweater bagi aku. Huhuhu tq abg iparku! Tapi still tak cukup. Sebab tambah dengan angin dia kuat!


Gambar di atas adalah bukti saya kesejukan! kahkahkah! :p


Acad taknak pandang aunty :( 


Belanja selfie satuuuuuuu :p

Kebetulan, abg sedara aku tu jenis orang yang suka adventure hiking and so on. So, dia bawak kiteorang semua pergi Gunung Brincang, Mossy Forest, Boh Tea House and banyak lah!
Nak tahu kisah lawak tak? Tapi tak tahu ah bagi awak awak yang baca lawak ke tak en. Hahahaaha. Along the journey to go to our designated Puncak Gunung Brinchang tu, kiteorang naik satu kereta je sebab based on abg sedara saya yang dah byk pengalaman naik bukit gunung bagai tu kalau nak bawak kereta kita yang biasa2 mahu jadi belacan. Hahahaha! 

So, kiteorg pun naik lah kereta dia yang macam hilux tu tapi lagi besar. So ada beberapa orang kena duduk kat belakang tu termasuk aku. Wehhh, yang lawaknya muka aku je kena sebat dengan pokok ranting dan sebagainya masa nak naik ke atas tu sakit wehhh! Haaa tulah kisah yang aku cakap lawak tu hahaha! Sakit ;(


Masa ni kat Gunung Brinchang. Sumpah angin kuat gila nak mateyyy! 


So masa last day before balik tu, baru lah nampak matahari weh. Hahahaha! Memasing geram sebab bila hujan lighting tak cantik nak amek gambar. Hahahahaha! Nak balik tu lah baru senang hati nak bergambo. Lol. 

Di bawah ni ada lah sikit gambar masa kat sana. haa tengok lah!



Masa ni kat Mossy Forest lah. :D


Masa ni last day kat Bharat. Dah nak balik baru singgah kat sini semata nak amek gambar huhu.


Awhhh my precious! <3


So, ini lah owner homestay yang aku duduk tu ni lah ladang strawberry dia. 


Ini pula masa kat BOH Tea Plantation. 


So, thats all for today's entry! Hope u guys enjoy by reading this. Walaupun tak enjoy, korang acacah enjoy jelah ea. hahaha :p Ada masa finaz tulis lagi ok.

Bye. Assalamualaikum :)      ***pinashpublish***



from CRUSH to HUSBAND real quick

Assalamualaikum semua! Ya Allah, its 2019 guys  😂  TWO ZERO ONE NINE dan aku baru nak update blog after two years lol. Ok fine aku takna...