Thursday, 1 December 2016

don't be so judgemental :)

Assalamualaikum. Hi :)

Ok. Rasa janggal. Haha lama sangat dah tak menaip. Ok kita straight to the point jelah. Tapi sebelum tu rasanya some of you guys yang ikut cerita finaz ni ((ceh acacah macam banyak reader je)) hahahaha mesti tahu kot finaz nak cerita pasal apa. Eh jap. Actually kalau korang rasa bila baca ni macam finaz meluah that means finaz memang nak meluah tau plus nak bercerita sebab tak tahu nak cerita kat siapa :p

Ok jom kita mulakan.

Bismillah.

Finaz ada terbaca satu tweet ni dia cakap macam ni, “pakai iphone, followers banyak, dah kerja tapi still mintak derma untuk kucing sendiri”. Wuuu judgemental sangat ni. Sebab before nampak tweet tu finaz ada retweet tweet sorang perempuan ni memang cantik followers pun boleh tahan dia mintak sumbangan untuk kucing dia sakit tak silap batu karang kot sampai kencing kucing dia berdarah teruk dah so kos untuk kucing dia cecah ratus jugak lah. So finaz memang dah boleh agak lah yang tweet “judgemental” sangat tu ditujukan untuk perempuan tu.

The first thing yang terlintas dalam kepala ni “WHAT THE HELL SIAA” yelah. Weh jap. Kau siapa sia nak judge orang macam tu sekali? Korang nampak remeh en? Tapi kalau kita letak diri ni kat tempat perempuan tu then kita baca? Sah sah lah kita akan terasa tipu lah tak sedih tambah sedih dengan keadaan kucing kita yang tengah sakit tu. Haih. I feel you sayang.

Ok firstly, kalau orang tu pakai iphone je kau dah boleh judge dia orang kaya ke? Oh tak tahu pulak kalau pakai iphone ni khas untuk orang-orang kaya je. So, orang-orang biasa macam ni tak mampu dan tak layak lah? Nak bagi korang fikir jap. Kita tak tahu kalau iphone user tu pakai memang dari duit dia ke atau birthday present ke tak pun menang mana-mana competition dapat free ke. Then kau dah judge “pakai iphone tapi mintak derma” dasar gila. So, this is the first stupid reason.

Secondly, u used “followers banyak” then why mintak derma? LIKE SERIOUSLY!? Are you lost your mind? Err I feel like want to carut dohhh serius. Allah…. Kau ingat setiap kali followers naik satu dapat like 1 or 2k ke? WHERE IS YOUR BRAIN??????????????  Haa. Faham kan? Dasar gila.

Next the third one is, dah kerja kan so why nak mintak derma? Ok, reason yang ni mungkin masih boleh diterima. AKAN TETAPI, did you know apa dia kerja? Yes, like I said, we don’t even in their shoes so we don’t know what she had been through in her life sampaikan dia terpaksa untuk meminta derma. Ok? Please please please jangan cakap apa apa kalau kita tak tahu. Ok? Dengan apa yang kita cakap tanpa tahu asal usul, we may hurt them by our words so watch out. Kalau dia tak ampunkan, merangkak kita cari dia kat sana nanti tau. Tak takut ke?

Actually, why I want to write about this, sebab my sister dah lalui.
And finaz pernah mintak sumbangan untuk Salju sebabkan dia pun pernah kena batu karang. Korang ingat orang yang dah bekerja ni takde komitmen lain ke? Diorang kena bayar duit kereta, insurans, bagi mak ayah duit, duit minyak, makan dan dll.

Ya Allah, nak nangis. Bukan apa, sebab diorang tak tahu apa apa then bercakap macam dah tahu semua benda weh. Ahh dem. Finaz cerita ni serius I am not ask your simpati. Nope. Macam ni lah, kita cerita sini habis sini je tau. Terus terang, finaz dan kakak finaz which is Ira decide nak mintak sumbangan then post kat instagram twitter first sebab Ira pun tak mampu dengan gajinya sebanyak tu aje memandangkan masa tu pun dah pertengahan bulan biasa lah kan. Duit makin berkurangan dengan finaz masih belajar. Abah dengan mama takyah cerita lah. Gaji diorang pun cukup-cukup untuk dua orang adik yang masih sekolah.  

Alhamdulillah, bila mintak sumbangan tu ada beberapa orang derma, ya Allah hanya Allah je dapat balas kebaikan diorang. Menangis. Serius rasa bersyukur sebab masih ada orang yang tolong. Nanti kat sana, inshaAllah, Salju takkan lupa orang-orang yang dah tolong dia.

Jadi, berbalik pada tweet tadi. Please don’t be so judgemental. Kita tak tahu background keluarga masing-masing kan. Yes “luaran nampak happy, tapi kat dalam takde siapa tahu ”sama jugak “kat luar nampak glamour cantik senang tapi hakikatnya?”  kalau ada orang mintak derma untuk kucing dia ke apa, just tolong share or retweet ke. Kalau tak percaya takut kena tipu then just diam tak perlu cakap apa apa. Kang bercakap benda tak betul lagi susah kan.

Aku yakin, kita susah sekarang untuk tolong dia (Salju) hari ni, inshaAllah kat sana nanti dia akan tolong kita balik. Salju takkan lupa kakak kakak dia :’)

Saya mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, yang baik datang dari Dia, yang buruk kita perbaiki lagi.


Okay done for today. Ada masa kita cerita lain pulak ok. Bye, assalamualaikum.      ***pinashpublish***

Tuesday, 14 June 2016

LIFE :)

Assalamualaikum. Hi! Its been a while :) Terlalu lama tinggalkan blog ni tanpa update apa apa cerita. I don’t know how to start actually, but…… oh yeah, Selamat menjalani Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini :) semoga apa yang kita lakukan diberkati oleh Dia. And I’m so sorry again disebabkan tak ada masa untuk kongsi cerita apa yang berlaku sebelum2 ni. But, I will try my best untuk cerita semuanya dengan ringkas dalam satu entry ni. Okay? ;)

Ok firstly, apa yang membuatkan finaz nak update blog sebab pertama finaz takde class harini hihi. Kedua, sebab harini one of my ex-schoolmate ada mention kat twitter pasal gaji parents. If she read this, finaz bukan terasa marah or what seriously. But thankyou sebabkan mention tu buat finaz ada idea nak update blog ni. Hehehe :) And siapa yang dah mula baca blog ni sorry again bcs this is quite long entry I think hahaha. So pls jangan baca separuh jalan ok habiskan ok. Terima kasih :p

So, this time finaz nak cerita sikit pasal how my life’s going on before and after this. When one of my ex-schoolmate cakap gaji parents finaz mesti rm4000 ke atas. But the truth is, no. It is even below rm2000 :) finaz bukan nak menunjuk atau mintak simpati or what tapi after she said that, I’ve realized that my parents really really worked hard for the sake of their childrens (kelima lima anak perempuan dia)  sumpah, finaz bersyukur sangat sebab dilahirkan oleh mama and ada abah untuk jaga finaz. *ok dah nangis* Alhamdulillah, sekecil mana pun gaji diorang, sampai sekarang finaz dengan adik-beradik belum pernah lagi kena kes kelaparan tak dapat makan sebulan or what haha. Alhamdulillah sangat semua pakai makan cukup dengan gaji abah yang ada :) dan sampai sekarang mama abah masih kena menanggung 3 orang lagi anak perempuan dia iaitu finaz dan dua orang adik finaz yang masih sekolah.

Gaji below rm2000 and my parents still dapat jaga makan pakai makan minum anak dia semua cukup. Terima kasih yaallah :)  walaupun pernah di situasi yang genting and ada orang2 yang Allah hantar untuk bantu keluarga finaz. Alhamdulillah.

Finaz dah banyak kali sebenarnya kena situasi macam tu. Orang yang melihat kita dari luaran mesti terus judge itu ini. Biasalah, itulah lumrah manusia. Semua manusia sama. Kita tak tahu apa apa dan kita judge. Then bila dah tahu yang sebenar barulah “ohhhhh damn silap sia aku cakap before this bla bla bla” finaz pun macam tu jugak. So, finaz tak kisah kalau orang judge cakap cara hidup finaz and family senang. Finaz tak cakap family finaz susah, tapi tak sesenang orang di luar sana.

Mungkin orang nampak luaran kita pakai makan semua nampak berada tapi cerita yang sebenar sebaliknya diorang tak tahu. Finaz percaya tak semua hidup sempurna. Kadang yang keluarga susah Alhamdulillah bahagia dengan kehidupan diorang. Ada yang keluarga senang berada tapi tak bahagia dengan sesuatu benda. Allah tu Maha Adil. Itu yang kita kena pegang sampai bila bila :)

Sebab tu, finaz selalu doa permudahkanlah urusan finaz untuk tolong balas jasa mama abah balik suatu hari nanti setimpal dengan apa yang diorang dah korbankan selama 20 tahun finaz hidup.

Alhamdulillah, dua orang kakak finaz dah bekerja bagi hulur pada diorang setiap kali diorang dapat gaji. Itu perkara biasa finaz rasa. Bila kita dah bekerja tanggungjawab kita as anak mesti hulur pd diorang walaupun sesikit mana. Sampai sekarang aku masih ingat kata kata kakak aku yang kedua iaitu Ira. “fi, kau kena kena ingat satu benda ni. Lepas kau dah bekerja nanti, sikit mana pun gaji yang kau dapat, tak cukup mana pun kau rasa gaji tu, hulur jugak pd mama abah. Sebab kau kena percaya rezeki Allah tu kat mana mana ada” ohhhhh god damn aku nangis sekarang ni hahaha hmm :’( ayat kakak finaz tu memang menusuk gila time tu. Fuhhhhh.  Inshaallah jika Allah permudahkan memang finaz akan balas juga jasa mama abah :)

Ok. Next pasal Salju. As u know pasal Salju kucing finaz (sesiapa yang follow kat instagram finaz tu tahu lah sebab apa). Kalau korang perasan finaz ada cakap kat caption, “maaf sebab selama ni tak pernah hantar Salju g klinik atas sebab tertentu”. Dan beruntung siapa yang baca entry kali ni sebab diorang dah tahu sebab apa family finaz tak pernah mampu hantar salju g klinik. Sebabnya, apa yang finaz cerita kat atas tadi.

Sebab tu, finaz tak kisah kalau orang nak bercakap pasal finaz kenapa finaz ambil keputusan habis diploma finaz nak cari kerja tetap dan taknak sambung degree. That is the reason. Finaz taknak susahkan mama abah bank in duit lagi bila ptptn tak mencukupi. Cukup lah finaz dah tahan malu nak mintak mama abah duit. Biarlah lepas finaz kerja, finaz yang hulur diorang duit semampu finaz. And finaz pun dah janji dengan diri finaz, lepas finaz dapat kerja finaz akan tanggung Salju. Cukup lah sekarang ni finaz dah tngok Salju merana dengan sakit dia. Finaz tak marah mama abah kalau sebelum ni diorang tak dapat hantar Salju g klinik sebab finaz tahu gaji diorang mampu untuk tanggung anak anak dia je. Tapi finaz bersyukur jugak, mama abah still dapat belikan makanan pasir and so on untuk Salju. Terima kasih mama abah :) jangan risau lepasni fifi yang tanggung Salju ok.

And finaz mintak jasa baik korang yang baca entry ni, doa doakan lah Salju cepat sembuh ok. Doktor ada cakap kemungkinan Salju ada penyakit Sporo (if u want to know what Sporo it is just google it) and untuk rawat Sporo ia makan beribu. Yaallah, luluh hati bila tahu. Wehhh sumpah taknak susahkan mama abah. Finaz mampu doa hari2 mintak Allah jauh kan Salju dari sakit tu. Sebab finaz yakin Allah tu Maha Besar dan Dia mampu sembuhkan penyakit Salju dengan kekuasaan Dia. Inshaallah amin.

Last but not least, actually finaz dah lama pendam simpan niat teringin nak jadi model tudung ke jubbah tak kisah asal dapat senyum depan camera. Lol. Alaaaaaa malunya confess kat sini. Hahaha! Dan Alhamdulillah niat finaz tu Allah makbulkan bila one one my ex-schoolmate mintak finaz jadi  model bisnes tudung dia. Terima kasih sebab bagi finaz peluang. Sumpah, appreciate sangat! Kakak kakak finaz even orang lain yang kenal finaz support cakap finaz boleh jadi apa yang finaz nak selama ni cuma kena usaha tonjolkan diri. Tapi finaz maluuuuuu hahaha. Takpelah, kalau ada rezeki orang panggil finaz okay je. Hehehe. Finaz percaya dengan niat baik ni untuk tolong mama abah inshaallah Allah bagi rezeki tu akan datang dan bila bila masa.

Huuuuuuu finally habis jugak :D  Finaz harap apa yang finaz sampaikan kat sini ada benda yang finaz dapat kongsikan kat korang and korang amek as motivate diri korang sendiri :) thankyou for lend ur eyes and read this long long entry hewhew. 

Bye Assalamualaikum :)      ***pinashpublish***



Sunday, 28 February 2016

Cameron Highlands

Assalamualaikum. Hi :)

Wow. Soooo wow! Hahahaha *gelak betul betul ni* wehhh seriously it’s been 3 months that I didn’t write my blog. The last previous blog was on November which was last year kikiki.

So, what had gotten me to write on my blog again is because one of my coursemate asked me to write sebab saya dah lama tak update. Hahahaha! Actually, bukan malas nak menulis but I don’t have any idea untuk menulis.

Betul lah orang cakap, kita kalau suka satu benda tu mula mula kita akan hari hari rasa nak buat but then lama kelamaan makin emmmmmm MALAS. Yes malas. Tapi bukan semua benda lah. Ada certain2 benda lah kan. Hahaha alaa bukan kita je rasa gitu, semua manusia gitu kannnnn. Eh? Alalalaaa jangan marah yelah kita sorang je malas awak awak semua tak :D

Okay. So cuba teka saya nak tulis tentang apa? Cehhhhh (takyah formal sangat ah fie gedik betul!) ß talk to myself*  Hahhahaaha kk. Pasal apa? Cameron Highlands? Okay tak? Ke tak okay?
Ahhh nak cerita jugak wekkk :p                                                                 

So nak dijadikan cerita cuti CNY aritu my family and I pergi Cameron Highlands! Like seriously, I am the happiest girl sebab apa? Nak tahu? Sebab Cameron Highlands is one of my fav place that I really wanted to go! Because before this, asyik tengok and dengar orang pergi sana je. Noob gila en aku sebab jakun tak pernah pergi. Eh so what?

One of the people that I have known all my life, always said “sabar, tak semua benda kita nak kita dapat on time. May be it takes time. Inshaallah one day apa pun kita mintak kita dapat cuma masa yang menentukan sama ada cepat atau lambat” So, start from that I believe in his words and I believe and all His plans is better than my dreams.

Sooooo pup pap pup pap! Finally, sampai jugak ke destinasi yang dituju. Aihhhh actually I still can’t move on about the Cameron trip. If you want me to shared with you guys from the first day until the last day at there, I can tell you guys without leaving any details, seriously.

My family and I duduk dekat homestay Al-Mashoor. Sejuknya mashaallah! I feel like I was at Korea babe! Kebetulan, masa aku kat sana boleh pula musim hujan. Bila tang malam tu emmmm tak boleh tidur lena sebab menggigil kesejukan yang terlampau sampai pakai berlapis lapis. And if you guys yang pernah pergi sana ada setengah hotel still ada aircond, kipas and so on. And yes, nasib baik homestay yang aku duduk tu takde apa apa hahahaha yup takde aircond takde kipas. Weh memang dah sejuk gila kot!

So on the second day kat sana, pagi pagi lagi kiteorang dah keluar pergi Kea Farm. sebab taknak hadap jem. Itu tips ya! Korang kalau nak berjalan kat sana keluar lah awal pagi, abaikan rasa mengantuk tu just pikir korang nak have fun kat sana. Kang kalau dah kena hadap jem korang jugak bad mood kan lagi lagi time cuti sekolah haaaaa. Hehehe.  Ok. Kea Farm tu pasar pagi. Masa aku pergi tu mungkin terlalu awal pula hahaahaha so banyak kedai tak bukak lagi. K time tu tahap sejuk dia memang aku sendiri menyesal sebab pakai 3 lapis JE :( nasib ada abang ipar saya, abg azhar yang baik hati lagi gentle bukak dia punya sweater bagi aku. Huhuhu tq abg iparku! Tapi still tak cukup. Sebab tambah dengan angin dia kuat!


Gambar di atas adalah bukti saya kesejukan! kahkahkah! :p


Acad taknak pandang aunty :( 


Belanja selfie satuuuuuuu :p

Kebetulan, abg sedara aku tu jenis orang yang suka adventure hiking and so on. So, dia bawak kiteorang semua pergi Gunung Brincang, Mossy Forest, Boh Tea House and banyak lah!
Nak tahu kisah lawak tak? Tapi tak tahu ah bagi awak awak yang baca lawak ke tak en. Hahahaaha. Along the journey to go to our designated Puncak Gunung Brinchang tu, kiteorang naik satu kereta je sebab based on abg sedara saya yang dah byk pengalaman naik bukit gunung bagai tu kalau nak bawak kereta kita yang biasa2 mahu jadi belacan. Hahahaha! 

So, kiteorg pun naik lah kereta dia yang macam hilux tu tapi lagi besar. So ada beberapa orang kena duduk kat belakang tu termasuk aku. Wehhh, yang lawaknya muka aku je kena sebat dengan pokok ranting dan sebagainya masa nak naik ke atas tu sakit wehhh! Haaa tulah kisah yang aku cakap lawak tu hahaha! Sakit ;(


Masa ni kat Gunung Brinchang. Sumpah angin kuat gila nak mateyyy! 


So masa last day before balik tu, baru lah nampak matahari weh. Hahahaha! Memasing geram sebab bila hujan lighting tak cantik nak amek gambar. Hahahahaha! Nak balik tu lah baru senang hati nak bergambo. Lol. 

Di bawah ni ada lah sikit gambar masa kat sana. haa tengok lah!



Masa ni kat Mossy Forest lah. :D


Masa ni last day kat Bharat. Dah nak balik baru singgah kat sini semata nak amek gambar huhu.


Awhhh my precious! <3


So, ini lah owner homestay yang aku duduk tu ni lah ladang strawberry dia. 


Ini pula masa kat BOH Tea Plantation. 


So, thats all for today's entry! Hope u guys enjoy by reading this. Walaupun tak enjoy, korang acacah enjoy jelah ea. hahaha :p Ada masa finaz tulis lagi ok.

Bye. Assalamualaikum :)      ***pinashpublish***



from CRUSH to HUSBAND real quick

Assalamualaikum semua! Ya Allah, its 2019 guys  😂  TWO ZERO ONE NINE dan aku baru nak update blog after two years lol. Ok fine aku takna...