Tuesday, 30 April 2019

from CRUSH to HUSBAND real quick

Assalamualaikum semua! Ya Allah, its 2019 guys 😂 TWO ZERO ONE NINE dan aku baru nak update blog after two years lol. Ok fine aku taknak meleweh since we already..... you know like agreed, you guys voted YES on my instagram’s poll untuk tahu perjalanan cerita aku & suami. 

Bismillah. Ok, ceritanya bermula di mana actually kiteorang officemate di sebuah company ni. And aku start usha laki aku ni tapi time tu usha yang em takde perasaan apa apa pun, usha beshe beshe je 😂 macam lelaki suka tengok perempuan haa macam tulah. Tengok tengok gitu je 🤣 dan hari berlalu seperti biasa- 

Pada suatu hari...... Okay part ni aku excited! Fyi, awal bulan 8 which is 16/8/2017 aku officially contracted as Agent Insurance Prudential (part time je) nak cari duit tepi 😛 plus, abg ipar aku paksa sebenarnya 😂 dia kata muda2 ni lah ada tenaga kena cari duit lebih, dah tua nanti mana larat. So aku pun join jela 😂 guess what? Lepas je aku contract aku still takde case! Hahahaha adoi time tu aku buntu teruk dah mana aku nak cari orang ni 😂 biasa lah awal2 memang noob gila haha. Time tu aku doa aku cakap “ya Allah, tolong lah bagi aku case” padahal kita lah kena bukak mulut usaha cari orang. Sukahati aku je terus tawakal tanpa usaha 😂 Dan selepas beberapa hari Allah dengar doa aku. Ada orang DM aku kt IG nak tanya pasal insurance! Ha sudah, rezeki nak masuk lah ni aku kata. Dan orang itu adalah laki aku yang sekarang ni haha. Ko paham tak perasaan yang kau takde case ni, tetiba orang DM nak tanya pasal insurans. Ya Allah happy tak terkata weh! So, nak dijadikan cerita, laki aku adalah ORANG PERTAMA yang sign up insurance dengan aku. Dia lah LELAKI PERTAMA jadi client aku. Tak sangka aku dah ada sorang client time tu 😂 bangga noh baru dapat satu client hahahaha 🤣 

Start jadi client tulah bermula conversation aku dengan dia. Tapi hanya sebagai officemate dan client semata mata. Dan bermula lah jugak perasaan CRUSH tu muncul di hati gue hahahaha! Geli pulak aku rasa puikkk 😂 

Dan perasaan CRUSH tu makin lama makin kuat bila laki aku pun start bagi harapan! Ah lelaki kan. Semua sama bagi harapan no.1! Haha. Kk jk jk no.2 lah. Kah kah. Mana taknya, ada satu hari tu, dia nak keluar office jap lepastu whatsapp aku semata tanya “finaz nak kirim pape tak” WEH. CRUSH KO WS TANYA NAK PAPE TAK. KAN GILA TU NAMANYA. Tu pun boleh dikira bagi harapan lah kan. Kan. Kannnn? Ko ghase? 😂 ofcourse lah aku jawab, ADA hahahahaha dalam hati “gila ke takde” ok tu satu hal.

Next-

Hari demi hari berlalu, dan laki aku dah mula perasan yang aku suka dia. Mana taknya, dia layan weh ws aku sampai pagi buta :( BAGI HARAPAN jugak kan tu namanya?! Tapi kadang ada gak benda menyakitkan hati contohnya, tga syok ws 2/3 pagi tiba tiba dia hilang macam tu je :/ hampa betul. Tapi yela nak merajuk pun kita bukan ada pape. Dia anggap kita kawan biasa je 🙄 so aku pun malas nak amek hati. Memang takde rasa nak merajuk ke apa sebab aku tahu batas aku. Sebab aku tahu kalau aku kt tempat dia pun, dah lah takde hubungan apa2 tiba2 nak merajuk kan annoying tu. 

Next-

Awal bulan Sept 2017, dia nak p luar negara bercuti dengan kawan2 dia. Dia nak pergi New Zealand. So, time tu aku agak sedih jugak lah sebab crush ko nak p bercuti SEBULAN. Maknanya sebulan jugak lah kau tak dapat tengok crush ko kt office. And this part paling sakit, the worst memories, heartbreak semua perasaan yang tak best muncul bila crush aku whatsapp 3/4 hari before fly ke NZ, dia cakap tolong stop ada perasaan dekat dia 😭 ya Allah masa tu Allah je tahu sakitnya rasa. Kena reject. Kena friendzone for the first time. Yela orang yang melayan kerenah kau, layan ws kau sampai pagi buta, orang yang kau harap untuk suka kau balik tiba tiba cakap macam tu. Ah sedih. Korang tahu tak aku reply apa? Mestilah tak tahu kan hahaha. Dengan fake nya, aku reply “jangan risau lah bang, finaz akan buang semua perasaan ni okay” dan pada masa yang sama aku comfort diri aku sendiri. 

Okay ni pesanan untuk sesiapa pun yang ada crush kat luar sana. Dan pesanan ni based on apa yang aku lalui. Bila namanya CRUSH kita takkan tahu pun orang yang kita suka tu akan suka kita balik atau tak. Bila dia anggap kita kawan, kita takkan dapat macam mana yang kita harap. Contohnya, kalau dia end conversation dan tiba2 hilang macam tu je padahal kita ingat dia akan say something or let us know lah kan kalau dia nak end conv. Tapi malangnya tak. Biarlah. Pujuk hati cakap kat diri sendiri “kita kan kawan je so takde sebab aku nak marah” Dan kalau ada orang lain pun CRUSH kt crush kau let her be. And let him be friend to anyone yang dia nak berkawan. Tak kisah lah lelaki ke perempuan. Jangan biarkan perasaan suka kita kt crush tu boleh jadi buruk di mana cara kita kadang mengongkong dia. Yela kita takde pape tp kita nak marah dia sebab kawan dengan perempuan lain. Kan silap tu. Please, lelaki tak suka kena kongkong. Macam tu jugak kita kan. Remember that. Last but not least, jangan kacau hobi dia. Contoh kau tga syok ws tiba2 dia hilang sebab layan hobi dia dan kau pun merajuk. Oh silap. Let he enjoy his hobby. Dia mesti pelik kalau kita tak merajuk and boleh continue conv macam biasa. Ofcourse sedikit sebanyak dia akan impress dengan attitude kita sebab kita jenis crush yang memahami. Cewahh. So, jaga batas jaga perasaan kita sebagai seorang yang suka pd seseorang. Faham kan? 

Kita sambung balik cerita pasal NZ tadi. Nak dijadikan cerita, kan dia cakap stop ada perasaan kat dia and no more ws lama lama lagi. Sebab dia taknak aku ingat dia bagi harapan kt aku. Padahal emmm *rolled eyes* and guess what. Baru hari kedua or ketiga dia kt sana, kiteorg dah start ws balik lol hahahaha. Siap video call semua lah! Time tu aku dah ada instint yang eh eh laki ni macam nak suka aku balik je 😂 tapi kita watlek je hahaha sampai lah dia dah balik malaysia balik. We still contact as usual haha. 

*7/11/2017*
Malam tu tiba2 kiteorg nak oncall. Sedar tak sedar rupanya sampai pukul 5 pagi. And dia ada tanya satu soalan kt aku. Finaz nak kawin dengan siapa, aku pulak boleh jawab selamba dekkk je “kawin dengan abg lah” hahahahaha berani mati siot time tu. And time tulah dia confess kt aku. Dia confess yang dia dah start suka kat aku! Finally ya Allah happynya tak terkata 😭 haha.

Aku ringkas kan cerita.

Perjalanan hubungan aku dengan dia sangat mudah. Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan. Sebulan selepas tarikh dia confess tu which is bulan 12, dia pergi jumpa abah and gentle terus cakap nak serius kan hubungan ni so nak tunang. Aku pun agak was was sebab terlalu cepat. Supposely dia nak tunang bulan 3 2018 tapi aku mintak masa untuk aku fikir masak2 and we decided untuk tunang bulan 6 2018. Dan masa majlis pertunangan berlangsung, terus kiteorg decide untuk tetapkan tarikh nikah pada 2/2/2019. 

Dalam masa tempoh jadi tunangan orang tu, ya Allah dugaan tunang is real doh sumpah. Ada masa tiba2 rasa menyampah sangat tengok muka dia. Haha ya allah teruk betul perangai aku masa tu. Tapi hari2 aku doa semoga aku dengan dia sentiasa kuat untuk hadap semua dugaan. Alhamdulillah semuanya baik baik sahaja sampai lah ke hari pernikahan aku dan suami. 

Nampak tak perancangan Allah tu hebat kan? Allah jodoh kan aku dengan orang yang aku tak sangka2. Allah bagi aku rezeki dapat suami sebaik baik manusia. Suami aku yang sangat2 hard working, caring, jaga aku, manjakan aku macam baby 🤣 sumpah tak tipu. Haha. Gaduh? Gaduh mesti ada. Siapa air siapa api? Mestilah aku yang api! Haha. Manade rumahtangga yang takde gaduh. Kita kawin dengan manusia bukan dengan tunggul 😂 tapi cara macam mana kita overcome dengan gaduh tu. Communication is the key 💪🏻 tak suka, cakap. Bagi solution. InshaAllah semuanya akan baik2 sahaja. I just wanna say, i’m proud and happy in my married life. 

Finaz doakan sesiapa yang baca entry ni, dapat rezeki jodoh yang baik hatinya, yang boleh jaga kita masa sakit, boleh happykan kita masa sedih, yang ada masa susah dan senang kita dan yang paling penting, boleh bimbing dan bawak kita ke Syurga Allah sama sama. Itu yang kita nak. Impian semua orang nak ada kehidupan yang baik bukan di Dunia sahaja tapi kehidupan di Syurga. InshaAllah Ameen. 

Sekian- thank you for reading!      ***pinashpublish***

from CRUSH to HUSBAND real quick

Assalamualaikum semua! Ya Allah, its 2019 guys  😂  TWO ZERO ONE NINE dan aku baru nak update blog after two years lol. Ok fine aku takna...