Assalamualaikum. Hi! Its been a while :) Terlalu lama
tinggalkan blog ni tanpa update apa apa cerita. I don’t know how to start
actually, but…… oh yeah, Selamat menjalani Bulan Ramadhan yang penuh barakah
ini :) semoga apa yang kita lakukan diberkati oleh Dia. And I’m so sorry again
disebabkan tak ada masa untuk kongsi cerita apa yang berlaku sebelum2 ni. But,
I will try my best untuk cerita semuanya dengan ringkas dalam satu entry ni.
Okay? ;)
Ok firstly, apa yang membuatkan finaz nak update blog sebab
pertama finaz takde class harini hihi. Kedua, sebab harini one of my
ex-schoolmate ada mention kat twitter pasal gaji parents. If she read this,
finaz bukan terasa marah or what seriously. But thankyou sebabkan mention tu
buat finaz ada idea nak update blog ni. Hehehe :) And siapa yang dah mula baca
blog ni sorry again bcs this is quite long entry I think hahaha. So pls jangan
baca separuh jalan ok habiskan ok. Terima kasih :p
So, this time finaz nak cerita sikit pasal how my life’s
going on before and after this. When one of my ex-schoolmate cakap gaji parents
finaz mesti rm4000 ke atas. But the truth is, no. It is even below rm2000 :)
finaz bukan nak menunjuk atau mintak simpati or what tapi after she said that,
I’ve realized that my parents really really worked hard for the sake of their
childrens (kelima lima anak perempuan dia)
sumpah, finaz bersyukur sangat sebab dilahirkan oleh mama and ada abah
untuk jaga finaz. *ok dah nangis* Alhamdulillah, sekecil mana pun gaji diorang,
sampai sekarang finaz dengan adik-beradik belum pernah lagi kena kes kelaparan
tak dapat makan sebulan or what haha. Alhamdulillah sangat semua pakai makan
cukup dengan gaji abah yang ada :) dan sampai sekarang mama abah masih kena
menanggung 3 orang lagi anak perempuan dia iaitu finaz dan dua orang adik finaz
yang masih sekolah.
Gaji below rm2000 and my parents still dapat jaga makan
pakai makan minum anak dia semua cukup. Terima kasih yaallah :) walaupun pernah di situasi yang genting and
ada orang2 yang Allah hantar untuk bantu keluarga finaz. Alhamdulillah.
Finaz dah banyak kali sebenarnya kena situasi macam tu.
Orang yang melihat kita dari luaran mesti terus judge itu ini. Biasalah, itulah
lumrah manusia. Semua manusia sama. Kita tak tahu apa apa dan kita judge. Then
bila dah tahu yang sebenar barulah “ohhhhh damn silap sia aku cakap before this
bla bla bla” finaz pun macam tu jugak. So, finaz tak kisah kalau orang judge
cakap cara hidup finaz and family senang. Finaz tak cakap family finaz susah,
tapi tak sesenang orang di luar sana.
Mungkin orang nampak luaran kita pakai makan semua nampak
berada tapi cerita yang sebenar sebaliknya diorang tak tahu. Finaz percaya tak
semua hidup sempurna. Kadang yang keluarga susah Alhamdulillah bahagia dengan
kehidupan diorang. Ada yang keluarga senang berada tapi tak bahagia dengan
sesuatu benda. Allah tu Maha Adil. Itu yang kita kena pegang sampai bila bila
:)
Sebab tu, finaz selalu doa permudahkanlah urusan finaz untuk
tolong balas jasa mama abah balik suatu hari nanti setimpal dengan apa yang
diorang dah korbankan selama 20 tahun finaz hidup.
Alhamdulillah, dua orang kakak finaz dah bekerja bagi hulur
pada diorang setiap kali diorang dapat gaji. Itu perkara biasa finaz rasa. Bila
kita dah bekerja tanggungjawab kita as anak mesti hulur pd diorang walaupun
sesikit mana. Sampai sekarang aku masih ingat kata kata kakak aku yang kedua
iaitu Ira. “fi, kau kena kena ingat satu benda ni. Lepas kau dah bekerja nanti,
sikit mana pun gaji yang kau dapat, tak cukup mana pun kau rasa gaji tu, hulur
jugak pd mama abah. Sebab kau kena percaya rezeki Allah tu kat mana mana ada”
ohhhhh god damn aku nangis sekarang ni hahaha hmm :’( ayat kakak finaz tu
memang menusuk gila time tu. Fuhhhhh.
Inshaallah jika Allah permudahkan memang finaz akan balas juga jasa mama
abah :)
Ok. Next pasal Salju. As u know pasal Salju kucing finaz
(sesiapa yang follow kat instagram finaz tu tahu lah sebab apa). Kalau korang
perasan finaz ada cakap kat caption, “maaf sebab selama ni tak pernah hantar
Salju g klinik atas sebab tertentu”. Dan beruntung siapa yang baca entry kali
ni sebab diorang dah tahu sebab apa family finaz tak pernah mampu hantar salju
g klinik. Sebabnya, apa yang finaz cerita kat atas tadi.
Sebab tu, finaz tak kisah kalau orang nak bercakap pasal
finaz kenapa finaz ambil keputusan habis diploma finaz nak cari kerja tetap dan
taknak sambung degree. That is the reason. Finaz taknak susahkan mama abah bank
in duit lagi bila ptptn tak mencukupi. Cukup lah finaz dah tahan malu nak
mintak mama abah duit. Biarlah lepas finaz kerja, finaz yang hulur diorang duit
semampu finaz. And finaz pun dah janji dengan diri finaz, lepas finaz dapat
kerja finaz akan tanggung Salju. Cukup lah sekarang ni finaz dah tngok Salju
merana dengan sakit dia. Finaz tak marah mama abah kalau sebelum ni diorang tak
dapat hantar Salju g klinik sebab finaz tahu gaji diorang mampu untuk tanggung
anak anak dia je. Tapi finaz bersyukur jugak, mama abah still dapat belikan
makanan pasir and so on untuk Salju. Terima kasih mama abah :) jangan risau lepasni
fifi yang tanggung Salju ok.
And finaz mintak jasa baik korang yang baca entry ni, doa
doakan lah Salju cepat sembuh ok. Doktor ada cakap kemungkinan Salju ada
penyakit Sporo (if u want to know what Sporo it is just google it) and untuk
rawat Sporo ia makan beribu. Yaallah, luluh hati bila tahu. Wehhh sumpah taknak
susahkan mama abah. Finaz mampu doa hari2 mintak Allah jauh kan Salju dari
sakit tu. Sebab finaz yakin Allah tu Maha Besar dan Dia mampu sembuhkan
penyakit Salju dengan kekuasaan Dia. Inshaallah amin.
Last but not least, actually finaz dah lama pendam simpan
niat teringin nak jadi model tudung ke jubbah tak kisah asal dapat senyum depan
camera. Lol. Alaaaaaa malunya confess kat sini. Hahaha! Dan Alhamdulillah niat
finaz tu Allah makbulkan bila one one my ex-schoolmate mintak finaz jadi model bisnes tudung dia. Terima kasih sebab
bagi finaz peluang. Sumpah, appreciate sangat! Kakak kakak finaz even orang
lain yang kenal finaz support cakap finaz boleh jadi apa yang finaz nak selama
ni cuma kena usaha tonjolkan diri. Tapi finaz maluuuuuu hahaha. Takpelah, kalau
ada rezeki orang panggil finaz okay je. Hehehe. Finaz percaya dengan niat baik
ni untuk tolong mama abah inshaallah Allah bagi rezeki tu akan datang dan bila
bila masa.
Huuuuuuu finally habis jugak :D Finaz harap apa yang finaz sampaikan kat sini
ada benda yang finaz dapat kongsikan kat korang and korang amek as motivate
diri korang sendiri :) thankyou for lend ur eyes and read this long long entry
hewhew.
Bye Assalamualaikum :) ***pinashpublish***